PUTRAJAYA: Zaman keemasan Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka pulih selepas berakhirnya campur tangan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata terlalu banyak campur tangan politik berlaku dalam pengurusan strategi Proton, termasuk yang membabitkan pekerja dan model perniagaan ketika mantan perdana menteri itu menjadi pengerusi Proton.