HASRAT ratusan pejuang hak asasi membincangkan tentang pelanggaran hak asasi 16 tahun lalu (1998) di Pejabat Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora), Jakarta, tidak kesampaian kerana tindakan tersebut dianggap berbaur politik.
Perbincangan semalam antara lain sepatutnya mengetengahkan perbincangan tentang berpuluh-puluh aktivis yang diculik pada 1998, pengalaman seorang aktivis yang diculik dan perbincangan dengan Anggota Komisyen Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas).