WASHINGTON: Senator Bernie Sanders bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi pemilihan awal parti Demokrat di Indiana, menafikan mantan setiausaha negeri Hillary Clinton kejayaan dalam usahanya menjadi calon presiden parti mereka.
Encik Sanders, seorang sosialis demokratik, mengisytiharkan sendiri kemenangan beliau di Indiana, meraih 53.2 peratus undi berbanding 46.8 peratus bagi Cik Clinton, dengan kira-kira tiga suku kejiranan telah melaporkan hasil pemilihan awal itu.
Namun, Cik Clinton kekal di hadapan dalam persaingan menjadi calon Demokrat bagi pilihan raya presiden pada 8 November. - AFP