Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Berpuluh paus terdampar di Indonesia, lapan mati

Jun 16, 2016 | 03:29 PM



PROBOLINGGO (Indonesia): Lapan ikan paus pandu mati selepas terdampar besar-besaran di pulau Jawa, mencetuskan operasi menyelamat besar, kata seorang pegawai pada Khamis (16 Jun).



Sebanyak 32 ikan paus pandu bersirip pendek itu terdampar semasa air pasang pada awal Rabu di Probolinggo, Jawa Timur.



"Pada mulanya terdapat satu atau dua ikan paus saja yang berenang dekat pantai, dan sifat ikan paus ialah jika mereka sakit mereka akan datang berhampiran pantai," kata Encik Dedy Isfandi, ketua pejabat maritim dan perikanan tempatan.



"Tetapi ikan paus mempunyai interaksi sosial begitu tinggi - apabila seekor jatuh sakit, mereka mendekati ikan yang sakit itu untuk berenang semula ke laut... apabila air surut, mereka semua terperangkap," tambah beliau.



Beratus-ratus nelayan tempatan dan pegawai pemerintah cuba membawa mereka kembali ke laut dengan segera, tetapi pada waktu pagi lapan berenang semula ke pantai dan mati, ujar Encik Dedy.



Kira-kira 23 yang lain berenang semula ke laut manakala seekor yang kekeliruan diiringi oleh beberapa penyelamat untuk memastikan ia tidak kembali ke pantai.



Penyelamat menggunakan kain terpal untuk membalut mamalia laut yang terdampar di pantai itu dan menarik mereka ke laut, manakala perenang terjun ke dalam air untuk memandu yang lain keluar dari kawasan tersebut.



Doktor haiwan dan saintis menjalankan autopsi ke atas ikan paus yang mati untuk mengetahui mengapa mereka terdampar, tetapi pegawai perikanan berkata ia mungkin disebabkan air bergelora di Lautan Hindi atau mereka makan sesuatu yang beracun.



Sepanjang sekitar sedekad lalu, ikan yu paus dan paus pembunuh turut ditemui terdampar di kawasan itu, kata Encik Dedy. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >