Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bersih akan adakan bantahan jalanan terhadap kepimpinan Najib

Aug 03, 2016 | 02:23 PM



PETALING JAYA: Kumpulan pembaharuan Bersih telah mengisytiharkan ia akan menyeru rakyat Malaysia supaya membantah di jalanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Ia akan menjadi bantahan kedua terhadap Datuk Seri Najib, selepas perhimpunan Bersih pada Ogos tahun lalu, yang disertai hampir 100,000 penunjuk perasaan.



"Tidak membantah bukan satu pilihan," kata ketua Bersih, Cik Maria Chin Abdullah, dalam satu sidang media pada Rabu (3 Ogos).



"Mereka (Perdana Menteri dan Kabinet) telah membenarkan skandal 1MDB memuncak... tanpa sembarang paksaan supaya menunjukkan kebertanggungjawapan.



"Jika mereka terus tidak bertindak, PM dan Kabinetnya mesti meletak jawatan," kata Cik Maria, yang mengetuai gabungan 94 badan masyarakat sivil itu.



Tarikh dan butir-butir mengenai perhimpunan Bersih 5 "akan diumum dalam masa terdekat", katanya.



Keputusan Bersih itu datang selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkata pada 20 Julai bahawa ia telah memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion ($1.34 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia.



Jabatan itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai 'Pegawai Malaysia 1' menerima berjuta-juta wang yang dipesongkan daripada dana 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >