Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bicara gabenor Jakarta disambung

Jan 03, 2017 | 12:21 PM



JAKARTA: Kes menghina agama Islam berprofil tinggi terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, disambung dengan mahkamah dijangka mendengar keterangan saksi pendakwaan pada hari pertama perbicaraan pada Selasa (3 Jan).



Enam saksi yang dijangka memberi keterangan ialah daripada Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majlis Ulama Indonesia (GNPF-MUI), yang dikuasai pertubuhan tegar, termasuk Front Pembela Islam (FPI), yang mengetuai perhimpunan besar-besaran di Jakarta yang menuntut Encik Basuki ditangkap dan dipenjarakan.



Mereka ialah Novel Chaidir Hasan, ketua cawangan Jakarta FPI, Gus Joy Setiawan, M. Burhanudin, Muchsin, Syamsu Hilal, dan Nandi Naksabandi.



Hakim mahkamah daerah Jakarta Utara memutuskan pada 27 Disember untuk meneruskan prosiding, menolak bantahan yang dikemukakan Encik Basuki, yang lebih dikenali sebagai Ahok, dan peguamnya.



Encik Basuki, 50 tahun, yang sedang berkempen untuk dipilih semula sebagai gabenor, didakwa merujuk kepada Al-Quran dan memberitahu penduduk di daerah Thousand Islands pada September supaya jangan diperdaya oleh lawannya yang mendakwa Al-Quran melarang umat Islam memilih pemimpin bukan Islam.



Jika didapati bersalah, beliau boleh dipenjara hingga lima tahun.



Perbicaraan, yang sebelum ini diadakan di mahkamah Jakarta pusat, dipindahkan ke auditorium Kementerian Pertanian di selatan ibu negara itu kerana ia lebih selamat dan dapat menampung lebih ramai orang.



Polis berkata 2,500 anggota dikerah untuk menjaga perbicaraan.



Beratus-ratus konservatif Islam serta penyokong Ahok telah berkumpul di luar kementerian itu.



Ahok, yang tiba di mahkamah berpakaian baju batik, tidak bercakap kepada pemberita.



Beliau sedang bertanding bagi penggal kedua dalam pilihan raya gabenor bulan depan (Februari), dalam pertandingan tiga penjuru menentang Encik Agus Harimurti, anak mantan presiden Susilo Bambang Yudhoyono, dan Encik Anies Baswedan, mantan menteri pendidikan dan kebudayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >