PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapinya, yang dijadualkan bermula hari ini.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmadi Asnawi bersama Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Yew Jen Kie sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan yang difailkan Datuk Najib pada 8 Februari lalu.