Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden bakal lancar strategi perang Islamofobia

Nov 02, 2023 | 10:52 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan melancarkan sebuah strategi nasional baru untuk menentang Islamofobia, di tengah-tengah kritikan rakyat Muslim Amerika mengenai sokongan pentadbirannya bagi kempen Israel terhadap Hamas, yang mengakibatkan ribuan orang awam maut di Jaluran Gaza.


Jurucakap Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, berkata strategi itu akan dibangunkan melalui kerjasama rapat dengan masyarakat Islam tempatan.

Beliau berkata Encik Biden bersungguh-sungguh dalam usahanya memulihkan semangat kesatuan di seluruh Amerika, dan menegaskan tiada tempat di Amerika bagi sebarang bentuk kebencian terhadap sesiapa pun.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika, Encik John Kirby, berkata:

“Umat Islam di Amerika dan mereka yang sering dilihat sebagai Muslim, seperti orang Arab dan Sikh, telah lama menghadapi serangan yang didorong kebencian dan ketidakseimbangan penindasan.”

Kanyataan itu memberi gambaran pentadbiran Encik Biden berazam mengatasi isu Islamofobia dengan serius dan memastikan keamanan dan kesamarataan bagi semua rakyat Amerika, tanpa mengira agama atau bangsa.

Rancangan strategik itu dijangka mendapat sokongan masyarakat Islam di Amerika, yang berharap langkah-langkah positif diambil untuk menangani isu itu dengan berkesan.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia enam tahun terbunuh di Chicago dalam kejadian yang dikaitkan dengan ketegangan berterusan dalam konflik antara Israel dengan Palestin.

Cik Jean-Pierre mengutuk pembunuhan itu sebagai satu tindakan kejam. Beliau berkata Amerika juga telah melancarkan rancangan menentang sentimen anti-Yahudi di seluruh negara.

Janji Amerika untuk melindungi masyarakat Islam dalam konteks ini mendapat perhatian pada masa genting, meskipun komitmen tersebut bukan perkara baru.

Konflik yang berlaku setelah serangan oleh anggota Hamas terhadap Israel menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Islam di Amerika mengenai gelombang ketidakharmonian itu.

Selain itu, tindakan Encik Biden melawat Israel sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu turut mendorong kritikan daripada masyarakat Islam dan Arab di Amerika.

Encik Biden, 80 tahun, daripada parti Demokrat, berhadapan kritikan tajam kerana dituduh menutup mata terhadap penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Beliau mempertahankan tindakannya dengan menggambarkannya sebagai satu usaha untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada kawasan yang terkepung oleh konflik yang berpanjangan itu.


Satu tinjauan oleh Institut Arab Amerika Syarikat menunjukkan kemerosotan ketara dalam sokongan pengundi Arab Amerika terhadap Encik Biden.

Sokongan sebanyak 58 peratus buat beliau semasa Pilihan Raya Presiden pada 2020 kini berkurangan kepada hanya 17 peratus. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >