Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden berterima kasih kepada Erdogan kerana sokong Sweden sertai Nato

Jul 12, 2023 | 03:43 PM



VILNIUS: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa atas “keberaniannya” mematahkan penentangan terhadap kemasukan Sweden ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).


Dalam pertemuan di sidang kemuncak Nato di ibu kota Lithuania, Vilnius, Encik Biden meraikan penyelesaian daripada hambatan diplomatik dengan meminta Encik Erdogan supaya berhenti menyekat permohonan Sweden.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas diplomasi anda dan keberanian anda untuk membuat keputusan. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas kepimpinan anda,” kata Encik Biden kepada Encik Erdogan.

Sebelum ini, kekecewaan memuncak atas halangan Encik Erdogan ke atas Sweden, yang memerlukan persetujuan sebulat suara daripada anggota Nato untuk menyempurnakan kemasukannya dan Finland ke dalam perikatan itu, sebagai tindak balas kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine tahun lalu.

Encik Biden bercakap dengan Encik Erdogan dari pesawat Air Force One selama hampir sejam pada Ahad dalam usaha memecahkan kebuntuan dan mengelakkan kegagalan yang memalukan di sidang puncak Vilnius. Encik Erdogan secara tiba-tiba menggugurkan penentangannya pada malam Isnin sebelum pertemuan Nato itu.


Selama berbulan-bulan, Encik Erdogan menegaskan perlunya tindakan keras di Sweden terhadap anggota pergerakan Kurdish yang diharamkan di Turkey – suatu yang Sweden katakan ia lakukan sekarang.

Tetapi spekulasi timbul mengenai konsesi lain yang diminta Turkey untuk memberi lampu hijaunya.

Encik Erdogan menuntut pada saat-saat akhir bahawa kelulusan untuk Sweden menyertai Nato akan bergantung kepada sama ada Turkey dapat memperbaharui rundingan keanggotaannya yang terhenti dengan Kesatuan Eropah.

Satu lagi permintaan lama Turkey – untuk membeli jet pejuang moden F-16 Amerika – nampaknya mendapat rangsangan berikutan keputusan mengenai Sweden itu.


Penasihat keselamatan negara Encik Biden, Encik Jake Sullivan, menegaskan pada Selasa bahawa presiden Amerika telah “jelas dan tegas selama berbulan-bulan bahawa beliau menyokong penjualan F-16,” melihat ia sebagai ada kaitan dengan kepentingan Nato. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >