Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden iktiraf dua negara Pasifik dalam langkah menentang China

Sep 26, 2023 | 02:32 PM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden berkata Amerika Syarikat secara rasmi mengiktiraf negara Pasifik Kepulauan Cook dan Niue, ketika beliau menjadi tuan rumah kepada pemimpin serantau dalam usaha merampas semula pengaruh daripada China.


Pengumuman itu dibuat pada permulaan sidang puncak bersama 18 anggota Forum Kepulauan Pasifik, di mana pegawai Amerika berkata Encik Biden telah mengumumkan pendirian Washington yang lebih tegas di rantau itu.

Presiden Biden berkata dalam satu kenyataan bahawa Washington mengiktiraf Kepulauan Cook dan Niue sebagai negara “berdaulat dan merdeka” dan akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan kedua-duanya.

Langkah itu akan membantu mengekalkan “rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka”, kata Encik Biden.

Beliau menambah bahawa perjanjian untuk mengiktiraf kedua-dua negara juga akan membantu membendung kegiatan nelayan menangkap ikan secara haram, menangani perubahan iklim di rantau yang terdedah dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Kepulauan Cook dan Niue bersama-sama mempunyai kurang 20,000 penduduk tetapi membentuk zon ekonomi yang luas di Pasifik Selatan.

Kedua-duanya adalah negara pemerintahan sendiri dalam “persatuan bebas” dengan New Zealand, yang bermaksud bahawa dasar luar dan pertahanan mereka pada pelbagai peringkat dikaitkan dengan Wellington.

Selepas beberapa dekad dianggap sebagai kawasan terpencil, Pasifik Selatan kini menjadi arena penting dalam persaingan antara Amerika dan China yang semakin tegas.

China telah meningkatkan secara mendadak kesan ekonomi, politik dan ketenteraannya di rantau lautan strategik itu.

“Tiada persoalan bahawa terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh China dalam semua ini. Ketegasan dan pengaruh China, termasuk di rantau ini, menjadi faktor yang memerlukan kami mengekalkan fokus strategik kami,” kata seorang pegawai kanan Rumah Putih yang tidak mahu namanya disiarkan.

Forum itu menghimpunkan negara dan wilayah yang tersebar di Lautan Pasifik, dari Australia ke negara mikro dan kepulauan yang tidak ramai penduduknya.

Tetapi pengaruh China akan dirasai melalui ketiadaan perdana menteri Kepulauan Solomon, yang kini bersekutu rapat dengan Beijing. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >