Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bilangan warga Australia yang sertai kumpulan militan telah 'mendatar'

Dec 17, 2015 | 01:42 PM



SYDNEY: Aliran warga Australia yang menyertai kumpulan militan telah "mendatar", kata ketua perisik negara itu pada Khamis (17 Dis), di tengah-tengah laporan bahawa agensi perisikan memberi amaran kepada ahli politik supaya mengurangkan nada kritikan terhadap Islam.


Encik Duncan Lewis, ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (Asio), berkata beliau "bukan mengisytiharkan kemenangan" walaupun aliran warga negara itu pergi menyertai serangan pertubuhan militan seperti Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Tengah Timur teah berkurangan.


"Walaupun ia meningkat cepat, rasanya ia telah mendatar sedikit," kata beliau kepada akhbar Sydney Morning Herald, sambil menambah kira-kira 44 warga Australia telah mati dunia di Syria setakat ini.


Kira-kira 27,000 hingga 31,000 rakyat asing dari sekurang-kurangnya 86 negara dianggarkan telah pergi ke Iraq dan Syria untuk berjuang sejak 2011, ujar sebuah kumpulan perundingan risikan, Kumpulan Soufan, dalam satu laporan minggu lalu.


Peguam Negara Australia, Encik George Brandis, berkata baru-baru 110 rakyat negara itu dipercayai berada di Syria dan Iraq, turun daripada anggaran 120 sebelum ini.


Komen Encik Lewis dibuat sedang akhbar The Australian mendakwa beliau telah menghubungi ahli-ahli politik dan meminta mereka mengurangkan nada retorik terhadap Islam kerana ia boleh membawa risiko keselamatan kepada negara itu.


Walaupun mantan perdana menteri Tony Abbott menggunakan bahasa kasar terhadap ISIS, perdana menteri sekarang, Encik Malcolm Turnbull, mengambil pendekatan lebih sederhana.


Menteri Luar Julie Bishop berkata pada Khamis (17 Dis) bahawa beliau menyokong tindakan yang diambil Encik Lewis. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >