Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bina prasarana sepadukan semua sistem pengangkutan awam: Jokowi

Sep 28, 2023 | 03:35 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan pihak berkepentingan supaya segera membina infrastruktur bagi menghubungkan dan menyepadukan perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.


Semasa mesyuarat terhad di Istana Merdeka di Jakarta pada Rabu, beliau menekankan keperluan untuk menghubungkan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dengan Stesen Kereta Api Kelajuan Tinggi (KCJB) Halim Jakarta-Bandung di Jakarta.

“Kita juga perlu segera membina infrastruktur lain untuk menghubungkan Stesen Manggarai (Tren Komuter/KRL) dengan perkhidmatan TransJakarta serta Stesen Tanah Abang (KRL) dengan Stesen Dukuh Atas (Transit Aliran Massa),” katanya.

“Dan kita mesti memastikan semua (infrastruktur penyambung) mempunyai sistem pencahayaan yang betul, lampu jalan dan boleh melindungi (penumpang) daripada hujan,” ujar Presiden Jokowi.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa dengan membina infrastruktur penghubung, pemerintah akan dapat memacu lebih ramai orang beralih kepada menggunakan pengangkutan awam.

Dengan adanya infrastruktur sebegini, rakyat dapat menikmati tahap kemudahan dan keselesaan yang lebih tinggi dalam mengakses pengangkutan awam.

Beliau menegaskan, bagi mengoptimumkan penggunaan pengangkutan awam sedia ada, seperti MRT, LRT, KCJB, TransJakarta, dan kereta api lapangan terbang, pemerintah perlu melakukan usaha maksimum untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan untuk menghubungkan kesemua sistem pengangkutan itu.

Kata beliau, adalah penting untuk mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam dengan perkhidmatan yang disediakan oleh teksi dalam talian dan ojek (teksi motosikal) dengan tujuan dapat memudahkan orang ramai mengakses pengangkutan awam sedia ada.

“Kemudahan dan keselesaan penumpang adalah kuncinya,” tegas Presiden Jokowi.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menggesa pihak berkepentingan yang hadir untuk bekerjasama bagi menyediakan sistem sehenti kepada rakyat.

“Adalah sangat baik jika orang ramai boleh membuat satu pesanan untuk merancang perjalanan mereka melalui sistem yang boleh memberitahu mereka tentang pengangkutan yang perlu mereka naiki,” tambahnya.

Presiden Jokowi turut menggesa pembangunan sistem pembayaran bersepadu yang dapat memudahkan dan menarik rakyat mengakses semua alat pengangkutan awam - tidak secara berasingan seperti sekarang ini.

“Saya juga menggesa anda untuk mengkaji mekanisme sistem pembayaran berasaskan langganan dengan membincangkan jenis potongan harga yang boleh ditawarkannya.

“Saya percaya sistem sebegini akan menarik ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” tambah beliau.

Dengan semakin ramai penduduk tertarik menggunakan pengangkutan awam, masalah pencemaran yang melanda Jakarta dapat dikurangkan.

Encik Jokowi yang melancarkan kereta api LRT pertama di Jabodebek (Jakarta, Bogor, Depok dan Bekasi) baru-baru ini, menyifatkan projek berjumlah AS$2.13 bilion ($2.89 bilion) itu sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran udara yang semakin teruk di ibu kota itu.

Jakarta telah disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia sejak Mei dan awal Ogos tahun ini, mendahului carta yang dikumpul syarikat teknologi mutu udara Switzerland, IQAir.

Encik Jokowi menyalahkan kesesakan trafik jalan raya dan industri yang menggunakan tenaga arang batu sebagai punca pencemaran tersebut.

Menurutnya, hampir sejuta kenderaan memasuki Jakarta setiap hari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >