Bintang bola keranjang AS luahkan "rasa cinta" pada pemimpin Korea Utara

WASHINGTON: Bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Dennis Rodman, mempertahankan lawatan terbarunya dan keempat ke Korea Utara dalam satu wawancara bersama CNN semalam, dan berkata ia dapat "membuka pintu" kepada negara tertutup itu.

Rodman, juga melahirkan "rasa cintanya" kepada pimimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, dan mendakwa lawatan kontroversialnya itu merupakan "satu idea yang baik bagi dunia."

Rodman bersama sepasukan bekas bintang NBA akan mengadakan permainan bola keranjang di ibu kota Korea Utara, Pyongyang, bagi meraikan ulang tahun Encik Kim, dipercayai hari ini, meskipun ini tidak disahkan secara rasmi.

Dalam wawancara CNN yang sama, Rodman juga dilihat sebagai menyalahkan mubaligh Amerika keturunan Korea, Encik Kenneth Bae, sehingga menyebabkan Encik Bae kini berada dalam tawanan Korea Utara sejak November 2012.

Jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, memberitahu wartawan beliau tidak akan "mengagungkan ledakan komen itu" dengan memberikan respon, sambil menekankan lawatan Rodman merupakan "satu lawatan privet" dan tidak disokong Amerika Syarikat. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.