Bintang Bollywood Sanjay Dutt dibebas dari penjara

MUMBAI: Pelakon Bollywood Sanjay Dutt dibebaskan dari penjara pada Khamis (25 Feb), selepas meringkuk kira-kira empat tahun kerana memiliki senjata yang dibekalkan oleh mafia yang mendalangi satu siri letupan bom di Mumbai pada 1993.

Bintang berusia 56 tahun itu dibebaskan di bandar barat Pune lapan bulan lebih awal daripada jadual kerana berkelakuan baik.

Dutt dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah pada 2006. Pada Mac 2013, tempoh itu dikurangkan kepada lima tahun.

Aktivis dengan tegas menentang pembebasannya, mendakwa beliau diberi rawatan khas. Bagaimanapun, kerajaan negeri Maharashtra dan peguam Dutt berkata keputusan membebaskan beliau awal itu dibuat "mengikut prosedur biasa".

Pelakon itu menjadi terkenal pada pertengahan 1980-an dalam filem aksi dengan melakukan aksi sendiri, hingga mendapat nama samaran 'Deadly Dutt'.

Serangan pada 1993 itu, yang mengorbankan 257 orang, dipercayai dilakukan oleh pemimpin kongsi gelap Muslim, bagi membalas dendam terhadap rusuhan agama di mana kebanyakan yang terkorban orang Islam, selepas sebuah masjid kuno di Uttar Pradesh dirobohkan.

Dutt didapati bersalah memiliki senapang automatik dan pistol, sebahagian daripada senjata yang dibawa ke Mumbai sebelum serangan itu.

Pelakon itu, yang ibunya, seorang Muslim, dan bapanya, seorang Hindu, juga bintang filem besar India, menegaskan bahawa senjata itu hanya bertujuan melindungi keluarganya. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.