Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blair bawa Britain berperang di Iraq berdasarkan risikan silap

Jul 07, 2016 | 08:52 AM



LONDON: Perdana Menteri Tony Blair dari Britain berperang bersama Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 berdasarkan perisikan silap yang tidak dicabar, rasional undang-undang goyah, persediaan tidak mencukupi dan kenyataan awam yang dibesar-besarkan, simpul sebuah siasatan bebas ke atas peperangan itu dalam laporan yang disiarkan pada Rabu (6 Jul).



Laporan Jawatankuasa Siasatan Iraq yang diketuai Sir John Chilcot itu mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan, lebih lama daripada operasi pertempuran Britain di Iraq.



Ia membuat kesimpulan Encik Blair dan kerajaan British memandang ringan kesukaran dan akibat perang itu dan Encik Blair terlebih anggar pengaruh beliau ke atas Presiden Amerika George W. Bush.



Kesimpulan itu bak menunjukkan keburukan meluas pelibatan Britain dalam perang yang menggulingkan Saddam Hussein itu dan akibatnya.



Ia menggambarkan Encik Blair tidak berjaya menghalang Encik Bush, mendesak beliau mendapatkan kebenaran penuh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memberi amaran kepada beliau tentang kesukaran perang, namun tetap memutuskan menyertai perang itu bersama Washington.



Menilai bahawa Britain harus berdiri bersama Amerika, beliau memberitahu Encik Bush dalam satu nota peribadi seawal 28 Julai 2002 bahawa "saya akan bersama anda, walau apa pun".



Laporan itu mungkin menekankan tanggapan di Britain bahawa Encik Blair "anjing Washington", frasa yang digunakan secara meluas oleh pengkritik Encik Blair pada masa itu.



Ia berkata pengajaran daripada tindak tanduk kerajaan itu ialah "semua aspek" campur tangan tentera "perlu dinilai, dibahas dan dicabar dengan penuh ketegasan," dan keputusan, apabila dibuat, "perlu dilaksana sepenuhnya".



Sir Chilcot, bercakap bagi pihak siasatan itu, membuat kesimpulan "malangnya, kededuanya tidak dilaksana berhubung tindak tanduk kerajaan UK di Iraq".



Dan beliau menekankan bahawa hubungan Britain dengan Amerika kuat. Ia mampu "menanggung beban perselisihan pendapat jujur", katanya. "Ia tidak memerlukan sokongan tanpa syarat apabila kepentingan atau pertimbangan kita berbeza."



Dalam satu kenyataan kepada Parlimen, Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, yang mengundi menyokong peperangan itu, berkata semua anggota parlimen yang mengundi menyokong peperangan itu perlu mengambil tanggungjawab.



"Kita tidak boleh mengembalikan masa tetapi boleh memastikan bahawa pengajaran (daripada peperangan itu) dipelajari dan diambil tindakan," katanya.



Ketua Pembangkang, Encik Jeremy Corbyn, ketua semasa parti Buruh Encik Blair, berkata peperangan itu "satu tindakan pencerobohan tentera yang dilancarkan di atas alasan palsu" yang "mendorong dan menyebarkan pengganasan di rantau itu".



Siasatan tersebut tidak membuat sembarang penghakiman mengenai kebersalahan dari segi undang-undang.



Di luar pusat konvensyen di mana Sir Chilcot bercakap, dekat Parlimen, penunjuk perasaan melaungkan bantahan dan mengangkat poster tertera: "Blair harus menghadapi perbicaraan jenayah perang".



Peperangan itu mengorbankan kira-kira 200 rakyat Britain, termasuk 179 askar, hampir 4,500 kakitangan Amerika dan lebih 100,000 rakyat Iraq.



Berucap pada satu sidang media selepas pengumuman laporan itu, Encik Blair menyuarakan "kesedihan, penyesalan dan permohonan maaf", tetapi berkata beliau tidak mengelirukan parlimen dan tidak menyesal menggulingkan Saddam Hussein. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >