Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken, Cameron bincang isu Israel, Ukraine dan China

Nov 14, 2023 | 04:55 PM



WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken dan Menteri Luar Britain yang baru dilantik, Encik David Cameron, membincangkan konflik Israel-Hamas, hubungan dengan China dan bantuan untuk Ukraine, dalam satu panggilan telefon pada hari Isnin lalu, kata Jabatan Negara Amerika.


“Encik Blinken dan Encik Cameron menekankan kesinambungan dalam hubungan istimewa Amerika-Britain dan kepentingannya terhadap keselamatan serantau dan global,” kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller, mengenai perbualan di telefon itu.

Sementara itu, Encik Cameron berkata, beliau mahu menyokong Perdana Menteri, Encik Rishi Sunak “pada masa yang sukar”, selepas membuat kemunculan semula menyertai kerajaan dalam rombakan besar Kabinet, baru-baru ini.

Mantan perdana menteri itu telah dilantik sebagai menteri luar Britain, menggantikan Encik James Cleverly, yang dipindahkan ke jawatan menteri dalam negeri, setelah Encik Sunak memecat Cik Suella Braverman.

Encik Cameron akui bahawa jarang terjadi seorang bekas perdana mentari Britain kembali menyertai Kabinet.

Tetapi beliau berkata, pada masa negara menghadapi “cabaran yang amat mencabar” di Timur Tengah dan Ukraine, beliau berharap pengalamannya akan membantu kerajaan Encik Sunak.

“Saya telah memutuskan untuk menyertai pasukan ini, kerana saya percaya (Encik) Rishi Sunak adalah perdana menteri yang baik, melakukan kerja yang sukar, pada masa yang sukar,” kata Encik Cameron. “Saya mahu menyokongnya.”

Pejabat Ehwal Luar Britain berkata, Encik Cameron telah bercakap dengan Setiausaha Negara Amerika, Encik Blinken pada petang Isnin.

Mereka membincangkan tentang “konflik di Timur Tengah, serta sokongan berterusan terhadap Ukraine dan hubungan Britain dengan Amerika.

Pemecatan Cik Braverman memaksa rombakan Kabinet dilakukan pada Isnin oleh Encik Sunak, yang partinya ketinggalan jauh di belakang Parti Buruh, dalam tinjauan pendapat, selepas lebih 13 tahun berkuasa.

Keputusan Encik Sunak untuk memecat Cik Braverman dibuat selepas bekas setiausaha dalam negeri itu menuduh Polis Metropolitan berat sebelah, dalam mengendalikan tunjuk perasaan di negara itu, ekoran perang Hamas-Israel. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >