Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken gesa Pakistan dapat pelepasan hutang dari China

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, telah menyeru Pakistan, yang terjejas teruk oleh banjir besar, untuk mendapatkan pelepasan hutang daripada rakan rapatnya China.



Pada masa sama, beliau menjanjikan sokongan kuat Amerika sedang Pakistan memulakan usaha pemulihan akibat banjir, yang telah menenggelamkan satu pertiga negara itu, kawasan sebesar Britain.



"Kami menghantar mesej mudah. Kami berada di sini buat Pakistan, sama seperti kedudukan kami semasa bencana alam yang lalu, melihat ke hadapan untuk (membantu) membina semula," katanya selepas perbincangan dengan Menteri Luar Pakistan, Encik Bilawal Bhutto Zardari.



"Saya menggesa rakan sekerja saya untuk melibatkan China dalam beberapa isu penting pelepasan dan penyusunan semula hutang, supaya Pakistan boleh pulih dengan lebih cepat daripada banjir," tambah beliau.



China adalah rakan kongsi ekonomi dan politik utama Pakistan, melalui projek "koridor ekonomi" AS$54 bilion ($78 bilion) yang bakal membina infrastruktur dan memberi China akses ke Lautan Hindi.



Washington, yang merupakan sekutu rapat Islamabad semasa Perang Dinginnya namun kini telah mula pudar, telah berulang kali menuduh China meraih faedah sedang Pakistan menghadapi hutang yang sukar ditanggungnya.



Amaran Amerika, yang menganggap China sebagai pesaing globalnya yang utama, telah berulang kali diketepikan Pakistan.



Namun China kini menghadapi kebimbangan mengenai isu keselamatan berikutan beberapa siri serangan yang dikaitkan golongan pemisah, termasuk pengeboman bunuh diri pada April lalu ke atas bas mini daripada program kebudayaan China yang mengorbankan empat orang, tiga daripadanya warga China.



Bencana besar Pakistan sejauh ini dianggarkan meragut nyawa 1,600 orang dengan lebih tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal.



Amerika telah memberi bantuan kemanusiaan sebanyak AS$56 juta dan menghantar 17 pesawat penuh dengan bekalan, dengan Encik Blinken berjanji menimbangkan sokongan jangka panjang juga.



Sebelum ini, Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif, membuat rayuan segera bagi pelepasan hutang daripada negara kaya.



Pakistan mempunyai perjanjian membayar hutang dalam dua bulan mendatang, katanya, sambil menambah bahawa pemerintahnya baru sahaja menandatangani perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan "syarat sangat sukar" termasuk cukai ke atas petroleum dan elektrik.



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Antonio Guterres, juga telah menggesa masyarakat antarabangsa agar membantu Pakistan dari segi kewangan memandangkan kerosakan akibat banjir itu melebihi AS$30 bilion. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >