KUALA LUMPUR: Blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata kontroversi laporan The Wall Street Journal (WSJ) minggu lepas yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan ujian tekanan ke atas badan kehakiman negara.
"Kita mungkin boleh anggapkan ini adalah "Stress Test" untuk sistem yang sedia ada sama ada prinsip "Nobody is above the law" (tiada siapa mengatasi undang-undang) benar-benar berfungsi di negara (kita)," tulis beliau dalam blognya.