Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BN pikat pengundi di Wilayah Persekutuan dengan ikrar termasuk perkahwinan beramai-ramai percuma

Apr 22, 2018 | 03:33 PM



KUALA LUMPUR -  Senarai  projek pembangunan dan inisiatif untuk meningkatkan mutu hidup, di samping perkahwinan beramai-ramai percuma sehingga 100 pasangan, adalah antara manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan yang diumumkan pada Ahad (22 April).



Turut diumum ialah senarai calon bagi 13 kerusi Wilayah Persekutuan - yang menyaksikan seorang anggota  parlimen dari Kuala Lumpur diundurkan, dan enam muka baru ditampilkan.



Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Mansor, yang juga menteri wilayah persekutuan, mengumumkan lebih 60 ikrar dalam manifesto itu.



Ini termasuk pekerjaan untuk 100,000 belia dan latihan kerja (intership) bagi 100,000 lagi, mencipta 10,000 usahawan makanan berlori, menyediakan dana pendidikan bernilai RM50 juta ($16.9 juta) bagi penduduk wilayah persekutuan, membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik dan membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 30 kilometer.



Upacara perkahwinan beramai-ramai kelihatan paling popular.



"Kami akan juga menyediakan satu set pakaian perkahwinan untuk pengantin lelaki dan perempuan," kata Datuk Seri Tengku Adnan, mengundang tepukan gemuruh para penyokong BN pada pelancaran itu.



Beliau akan bertanding untuk mengekalkan kerusi di Putrajaya.



Lain-lain calon dalam barisan 13 Kerusi Wilayah Persekutuan termasuk Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bagi Lembah Pantai, termasuk kawasan mewah Bangsar, dan penyandang Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi Titiwangsa, merangkumi Kampung Baru yang terkenal di Kuala Lumpur.



AP Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari digantikan oleh pendahulu beliau, Tan Sri Zulhasnan Rafique.



Terdapat enam muka baru, termasuk peguam Adnan Abu Seman yang akan bertanding kerusi Bandar Tun Razak.



"Kami harap dapat memenangi semua kerusi di Wilayah Persekutuan," kata Tengku Adnan pada sidang akhbar selepas pelancaran itu. "Kami akan memastikan semua janji kami seperti yang digariskan dalam manifesto dipenuhi".



Wilayah Persekutuan merangkumi pusat bandar Kuala Lumpur, pusat pentadbiran Putrajaya dan pusat kewangan luar pesisir Labuan, di luar pantai Sabah.



Mereka berada di bawah kerajaan pusat, yang diterajui parti pemerintah Umno.



Kerusi 'panas' termasuk Titiwangsa, Lembah Pantai dan Putrajaya - yang mahu dimenangi pembangkang.



Lembah Pantai, kerusi kawasan bandar di Wilayah Persekutuan, mempunyai ramai  pengundi Melayu dan sebahagian besar terdiri daripada golongan miskin bandar. Calon  Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar memenangi kerusi itu pada 2008 dan mengulangi pencapaiannya pada 2013. Tetapi beliau dijangka berpindah keluar tahun ini.



Kehilangan Putrajaya, kerusi kuasa kerajaan, akan menjadi tamparan besar kepada BN.



Calon BN di Wilayah Persekutuan bagi PRU14 ialah:



1. Kepong - Ong Siang Liang



2. Batu - Datuk Dr Dominic Lau



3. Wangsa Maju - Datuk Yew Teong Look



4. Segambut - Datuk Dr Loga Bala Mohan



5. Titiwangsa - Datuk Seri Johari Abdul Ghani



6. Setiawangsa - Tan Sri Zulhasnan Rafique



7. Bukit Bintang - Ann Tan Yen Yen



8. Lembah Pantai - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin



9. Cheras - Heng Sinn Yee



10. Labuan - Datuk Rozman Isli



11. Bandar Tun Razak - Adnan Abu Seman



12. Putrajaya - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor



13. Seputeh - Chan Quin Er



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >