Barisan Nasional terbuka mengadakan perbincangan untuk memastikan pembentukan kerajaan baru di Malaysia, kata Setiausaha Agungnya, Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang diterbitkan BN selepas Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri berkata Dewan Tertinggi BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataan BN itu, Dr Zambry berkata tiada Ahli Parlimen BN yang memberikan sokongan terhadap pencalonan ketua PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan BN telah memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong.