KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat semua anggota pasukan petugas khas yang sedang menyiasat laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia sebahagian daripada "siasatan penuh dan bebas" PDRM selepas menerima kedua-dua laporan polis dan arahan daripada peguam negara berhubung kebocoran maklumat sulit berkaitan siasatan itu.