Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Boko Haram sembelih, kelar penduduk

30 penduduk maut, 20 lain cedera dalam serangan di tiga kampung
Dec 16, 2015 | 11:02 AM



KANO (Nigeria): Kumpulan militan Boko Haram telah membunuh 30 penduduk dan mencederakan 20 yang lain dalam satu serangan kejam ke atas tiga perkampungan di negara itu.


"Kebanyakan mangsa disembelih dan yang cedera didapati telah dikelar oleh mereka," kata seorang orang awam yang membantu tentera Nigeria yang memerangi Boko Haram, Encik Mustapha Karimbe.


Serangan yang berlaku pada Sabtu lalu membabitkan perkampungan di Warwara, Mangari dan Bura-Shika dalam Negeri Borno.


Berita serangan lewat diketahui umum disebabkan sebahagian besar jaringan komunikasi terjejas teruk akibat perbuatan militan Boko Haram.


Kumpulan itu dikatakan telah mengepung kampung, sebelum menyembelih dan mencederakan mangsa dan kemudiannya membakar kawasan berkenaan.


Warwara terletak dekat Buratai, iaitu kampung kelahiran ketua tentera Nigeria, Encik Tukur Yusuf Buratai.


Warwara merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan jumlah kematian paling ramai iaitu 20 orang, kata seorang penduduk kampung, Encik Musa Suleiman.


Para penyerang dikatakan turut membunuh enam penduduk di Bura-Shika dan empat lagi di Mangari. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >