Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bom Bangkok: Polis buru empat orang lagi, termasuk seorang wanita

Sep 01, 2015 | 10:15 AM



Polis Thailand kini memburu empat orang, selain seorang yang ditahan Sabtu lalu, berkaitan letupan bom 17 Ogos lalu di Kuil Erawan di pusat bandar Bangkok, yang meragut 20 nyawa.


Antara empat orang itu ialah seorang wanita yang dikenal pasti sebagai Wanna Suansant, dikatakan 26 tahun, yang menyewa flat di mana polis hujung minggu menemui bahan berkaitan bom, seperti baja berasas urea, bolt, lampu hiasan dan mainan yang dikendali menggunakan radio.


Satu waran tangkap juga dikeluarkan bagi seorang lelaki warga asing tidak dikenali.


Cik Wanna - nama pertama dikeluarkan daripada siasatan - dan lelaki itu dikatakan telah menggunakan flat tersebut.


Satu gambar Cik Wanna, yang nama Islamnya dilaporkan sebagai Misaloh, dan lakaran artis wajah lelaki itu telah dikeluarkan.


Satu waran tangkapan dikeluarkan sebelum ini bagi seorang lelaki tidak dikenali yang memakai baju kuning, juga dipercayai warga asing, yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menanam bom di kuil tersebut.


Waran tangkap keempat ialah bagi seorang lelaki tidak dikenali yang ditangkap CCTV menolak barang berat di dalam beg ke dalam sebuah terusan di dermaga Sathon, beberapa kilometer dari kuil itu.


Barang tersebut meletup di dalam air esoknya tetapi tiada sesiapa cedera. Polis berkata ia jenis yang sama dengan bom yang digunakan dalam serangan Erawan itu.


Sepasukan pegawai polis dan tentera memeriksa rumah keluarga Cik Wanna di pulau Phang Nga semalam tetapi beliau tiada di situ.


Saudara-maranya berkata mereka sudah tidak menemuinya selama tiga bulan.


Polis, yang berjaya menghubungi Cik Wanna, berkata beliau berada di Turkey dan memberitahu mereka bahawa beliau tidak bersalah dan akan pulang ke Thailand untuk bekerjasama. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >