Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bom Bangkok: Wanita S'pura yang maut peramah, mudah disukai

Aug 19, 2015 | 10:34 AM



ISTERI penyayang, suka bersahaja, peramah, mudah disuka ramai, dan peminat kelab bola sepak Manchester United.


Itulah gambaran kawan-kawan mengenai Cik Melisa Liu Rui Chun, 34 tahun, warga Singapura yang terbunuh dalam serangan bom di Persimpangan Ratchaprasong di Bangkok malam Isnin lalu.


Suami beliau, Encik Ng Su Teck, 35, dan seorang saudara beliau antara tujuh warga Singapura yang cedera dalam kejadian itu.


Encik Ng tampak pucat dan lesu tetapi sedar dan tenang di katil Hospital Ramathibodi petang semalam. Pendengaran beliau terjejas oleh letupan itu dan beliau luka terkena serpihan kaca.


Pekerja bidang penjualan itu dan isterinya, seorang kakitangan AXA Singapore, sedang bercuti bersama beberapa kawan di Bangkok.


Cik Liu meninggal dunia di tempat kejadian apabila bom meletup sekitar 7 petang.


Semalam, rakan-rakan pasangan tersebut terkejut mendengar berita itu.


"Saya masih tidak mahu percaya, saya masih berharap mereka tersalah orang," kata Encik Marc Than, 31 tahun.


"Beliau selalu ketawa, sangat kuat ketawanya, dan peramah. Hanya beberapa minggu lalu, kami mengadu tentang (Louis) van Gaal," tambahnya, merujuk kepada pengurus Manchester United.


Cik Liu mempunyai personaliti menawan yang membuat orang suka pada beliau, tambah Encik Than.


"Beliau boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Jika pelanggan datang bercakap dalam bahasa Inggeris betul, beliau boleh bercakap dengannya. Jika mak cik datang bercakap bahasa Hokkien, beliau boleh bercakap dengannya juga," ujar beliau.


Menurutnya, Encik Ng seorang yang "teguh, jenis pendiam".


Seorang lagi kawan pasangan itu, Cik Serene Boey, berkata mereka tidak mempunyai anak, tetapi sedang merancang menyertai satu program kesuburan tahun ini.


Beliau menyifatkan Cik Liu sebagai seorang yang sentiasa "baik dan riang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >