Bom meletup di kios ATM bank di Melaka

MELAKA: Sebuah bom buatan sendiri meletup di kios ATM sebuah bank di Ayer Keroh pada pagi Selasa (13 Okt).

Tiga lelaki bertopeng dalam sebuah kereta mewah dilihat sebelum itu meletak dua peranti buatan sendiri di kios tersebut pada kira-kira 2 pagi.

Salah satu daripada bom itu meletup, menyebabkan kerosakan kios tersebut.

Skuad bom polis mengeluarkan bahan letupan satu lagi pada 9.50 pagi.

Ketua Polis Melaka, Timbalan Pesuruhjaya Wira Chuah Ghee Lye, berkata tiga lelaki bertopeng dilihat dalam rakaman litar tertutup televisyen bank itu berkelakuan mencurigakan di tempat kejadian. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.