Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Bonda Ratu' mencemar duli di Melaka

Kemunculan pasangan diraja dikesan selepas penampilan 'Sultan Melaka'
Jan 08, 2016 | 06:19 PM



SELEPAS isu kemunculan 'Sultan Melaka', kini timbul pula 'Bonda Ratu'.


Serupa nasib 'Sultan Melaka' pihak berkuasa negeri itu turut menahan sepasang suami isteri yang disyaki merancang untuk menganjurkan majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin di sini, esok.


Ketua Polis Daerah Jasin, Timbalan Superintendan Sampornak Ismail, berkata, pihaknya masih lagi menyiasat punca pasangan berusia 40-an itu mahu menganjurkan majlis penganugerahan Darjah Kebesaran Keturunan Alam Kerinci Enam Sakti.


"Pasangan ini direman bermula hari ini dan polis masih menyiasat perincian majlis itu, termasuk anugerah yang hendak diberikan mereka.


"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis berkenaan.


"Pasangan itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dengan menyamar," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Pasangan itu direman selama empat hari.


Berita Harian Malaysia hari ini melaporkan, polis menahan pasangan berkenaan di sebuah banglo di Sungai Rambai, kira-kira jam 2 petang semalam susulan laporan orang ramai berhubung rancangan penganjuran majlis anugerah itu.


Difahamkan, majlis yang akan dianjurkan wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' dan suami, pewaris takhta Kesultanan Melayu Melaka itu pada jam 2 petang.


Dalam pada itu, Polis Melaka sudah menubuhkan satu pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka.


Siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 itu dijalankan berikutan laporan daripada Pejabat Ketua Menteri.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu berkaitan kes berkenaan.


"Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima-penerima pingat atau darjah daripada beliau," katanya.


Bercakap kepada pihak media pada 4 Januari lalu, ACP Shaikh Abdul Adzis, berkata polis sudah menerima laporan dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 58 tahun.


Lelaki itu mendakwa dirinya Sultan Melaka di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 10.30 pagi pada 30 Disember lalu.


Awal tahun lalu, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka.


Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral dalam media sosial.


Antara yang dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah.


Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata, Noor Jan perlu menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara ini dan tidak memburukkan suasana keharmonian sedia ada.


"Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri, sebuah negara yang berdaulat dan telah merdeka.


"Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara," katanya ketika ditemui pemberita. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >