JOHOR BAHRU: Dua pendatang asing tanpa izin warga Indonesia maut, manakala 19 dikhuatiri lemas selepas bot pancung yang dinaiki kira-kira 80 orang dilaporkan karam di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian, malam kelmarin.
Bot pancung itu karam ketika cuba mengelak daripada ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan melanggar bot APMM.