Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bot tenggelam di Sabah: Syarikat pelancongan guna jeti kampung secara haram

Jan 31, 2017 | 03:12 PM



KOTA KINABALU: Syarikat pelancongan pemilik katamaran yang tenggelam dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada Sabtu (28 Jan) menggunakan jeti Kampung Tanjung Aru secara haram bagi membawa pelancong.



Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Min, berkata syarikat pelancongan tidak sepatutnya menggunakan jeti tersebut bagi tujuan pelancongan marin.



"Mereka sepatutnya menggunakan jeti Jesselton Point atau jeti di Sutera Harbour dan Resort Tanjung Aru ShangriLa," katanya.



Beliau berkata penggunaan menyalahi undang-undang jeti kampung oleh syarikat itu akan dirujuk kepada Dewan Bandar Raya serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.



Datuk Pang berkata syarikat pelancongan dikehendaki menggunakan jeti yang ditetapkan, di mana mereka dikehendaki mengemukakan senarai identiti penumpang dan jumlah orang yang mereka bawa.



"Apabila menggunakan jeti bukan ditetapkan, mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu," katanya.



Berikutan kejadian itu, Datuk Pang berkata rombakan industri pelancongan marin Sabah sedang dilaksana oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai pihak berkuasa dan wakil industri.



Katamaran yang membawa 30 orang itu - 27 warga China dan tiga anak kapal - tenggelam pada kira-kira 10 pagi pada hari pertama Tahun Baru Cina setelah berlepas dari jeti Tanjung Aru sejam sebelum itu.



Usaha mencari bermula serta-merta selepas syarikat yang mengendalikan kapal itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa 12 jam selepas kejadian.



Kebanyakan penumpang diselamatkan pada petang Ahad. Seramai 20 daripada warga China itu terselamat selepas mengalami pengalaman pahit 32 jam di laut, manakala tiga meninggal dunia.



Carian intensif masih dijalankan bagi empat pelancong China dan seorang anak kapal. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >