Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Brexit: Britain akan keluar EU, ramal BBC dan ITV News

Jun 24, 2016 | 12:13 PM



LONDON: Britain telah mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dalam satu pungutan suara bersejarah, lapor BBC dan ITV News pada Jumaat (24 Jun).



Dengan 309 daripada 382 keputusan telah diisytihar setakat ini, ITV News meramalkan kem 'Keluar' akan menang dengan 85 peratus.



Ini datang tidak lama selepas pemimpin Parti Kemerdekaan UK n (UKIP) yang anti-EU, Encik Nigel Farage, berkata beliau kini "berani mimpikan" sebuah United Kingdom yang merdeka.



"Jika ramalan sekarang betul, ini akan menjadi satu kemenangan bagi orang betul, kemenangan bagi orang biasa, kemenangan bagi orang baik," kata Encik Farage.



"Kami telah menentang syarikat pelbagai negara, bank komersial besar, politik besar, pembohongan, rasuah dan penipuan dan hari ini, kejujuran dan kesopanan dan keyakinan pada negara saya fikir akan menang sekarang.



"Biarlah 23 Jun menjadi dalam sejarah kita sebagai hari kemerdekaan kita!" katanua.



Encik Farage juga berkata Perdana Menteri David Cameron, yang menggesa rakyat Britain supaya mengundi kekal dalam EU, perlu meletak jawatan serta-merta.



Penyokong 'Keluar' menyambut kemenangan awal pungutan suara itu dalam sebuah parti mewah di London, menampilkan sebuah kek besar dihiasi dengan sebotol champagne dan bendera Union Jack.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >