Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Brexit: Kem 'Keluar' kembali di depan, paun menjunam

Jun 24, 2016 | 09:15 AM



LONDON: Kem 'Keluar' kembali mendahului dengan kelebihan tipis dalam pungutan suara mengenai keanggota Britain dalam Kesatuan Eropah (EU), setelah kem 'Kekal' memotongnya sekejap sedang keputusan dari seluruh negara mula masuk pada pagi Jumaat (24 Jun).



Berdasarkan keputusan yang diumumkan setakat ini, kem 'Keluar' mendapat 50.7 peratus undi, manakala kem 'Kekal' 49.3 peratus.



Namun,  masih terlalu awal untuk melihat satu trend kukuh dalam perlumbaan yang sengit itu, walaupun tinjauan pendapat memberi kemenangan untuk kem 'Kekal' dan kempen anti-EU berkata mereka dijangka kalah.



Sunderland, salah satu bandar yang paling diperhatikan, mengundi untuk meninggalkan EU: 61 peratus pengundi memilih keluar, manakala 39 peratus kekal.



Keputusan setakat ini yang memihak pada  kem 'Keluar'  menyebabkan perubahan mendadak dalam nilai mata wang paun.



Paun menjunam pada awal perdagangan di Asia pada Jumaat, apabila keputusan awal undian menunjukkan 'Keluar' mendapat undi lebih baik daripada yang dijangka.



Mata wang itu jatuh kepada di bawah paras AS$ 1.43 daripada di atas paras AS$1.50, daripada kepada 79.17 pence bagi satu euro, daripada sekitar 76 pence pada awal Jumaat.



Ia susut 4 peratus berbanding dolar Singapura dan 6.5 peratus berbanding yen.



Bandar Kettering dan Broxbourne juga mengundi untuk keluar EU, tetapi dengan kelebihan undi lebih kecil.



Keputusan nasional pungutan suara itu dijangka pada 7 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Singapura) paling awal, dan Perdana Menteri David Cameron mungkin berucap sejurus selepas keputusan diumum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >