Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BRITAIN KELUAR DARI EU (BREXIT)

Britain hadapi kemelut isi kekosongan jawatan PM

Jun 29, 2016 | 05:30 AM



LONDON: Britain akan mempunyai perdana menteri baru menjelang awal September ini, kata Parti Konservatif yang memerintah namun Menteri Kewangan, Encik George Osborne, telah menolak dirinya dicalonkan sebagai Perdana Menteri.



Kerajaan Britain kini menghadapi tekanan supaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Encik David Cameron yang mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan menjelang Oktober ini selepas Britain mengabaikan nasihatnya dan mengundi mahu keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).



Encik Cameron semalam menggesa menteri-menterinya bekerjasama dalam menghadapi krisis yang kini membelenggu Britain.



Beliau juga membentuk satu unit baru berasingan, yang terdiri daripada kakitangan awam, untuk menasihatkan Britain tentang cara-cara keluar daripada EU dan melakar masa depan di luar EU.



"Walaupun keluar daripada EU bukanlah laluan yang saya syorkan, saya memuji kekuatan luar biasa kita sebagai sebuah negara," kata Encik Cameron kepada parlimen Britain.



"Sedang kita meneruskan usaha melaksanakan keputusan ini dan menghadapi pelbagai cabaran yang dibawanya, saya percaya kita harus berpegang teguh kepada satu visi Britain yang mahu dihormati di luar negara, bertoleransi di dalam negeri, selain melibatkan dunia."



Ketika ditanya mengenai pungutan suara EU kedua, Encik Cameron berkata keputusan Khamis lalu perlu diterima.



Encik Graham Brady, pengerusi "Jawatankuasa 1922" anggota parlimen Parti Konservatif, yang menetapkan peraturan asas parti di Parlimen, berkata kumpulan itu menyarankan supaya pertandingan kepimpinan harus bermula minggu depan dan diputuskan menjelang 2 September ini.



Saranan itu sudah tentu diluluskan.



"Parti Konservatif dan negara ini mahu kepastian.



"Kami mahu satu penyelesaian dan kami fikir adalah baik menyelesaikan proses ini secepat mungkin," kata Encik Brady kepada Sky News.



Beliau berkata tiada pilihan raya parlimen yang baru akan diadakan sebelum Britain membincangkan syarat-syarat bagi keluar daripada EU.



Sementara itu, beberapa nama disebut-sebut sebagai berpotensi menggantikan Encik Cameron.



Menteri Kerja dan Pencen, Encik Stephen Crabb, sedang menimbangkan menggantikan Encik Cameron, menurut Sky News, sambil menukil sumber-sumber.



Beliau kini sedang mengumpulkan sokongan daripada Anggota Parlimen Parti Konservatif bersama Setiausaha Perniagaan, Encik Sajid Javid, yang mahu menjadi Menteri Kewangan.



Editor majalah Spectator, pula berkata Setiausaha Kesihatan, Encik Jeremy Hunt, "juga berminat" menjadi perdana menteri.



Namun semua tumpuan kini adalah kepada bekas datuk bandar London, Encik Boris Johnson, yang menjadi pilihan utama menggantikan Encik Cameron.



Namun tidak semua anggota parti menyokongnya dan ramai yang mendesak bagi "Sesiapa Calon Lain Selain Boris", kerana melihatnya menyokong kempen Britain meninggalkan EU sebagai satu pengkhianatan kepada bekas sekutunya, Encik Cameron, kata laporan media.



Sementara itu, Perdana Menteri Ireland, Encik Enda Kenny, memaklumkan mesyuarat khas parlimen semalam, kepentingan negara menjadi agenda utama dalam sebarang rundingan membabitkan perpisahan United Kingdom (UK) daripada EU, selain tidak menjangka pengunduran rasmi berlaku.



Beliau berkata, kerajaan negara lain memahami bahawa UK kini dilanda gelombang ketidaktentuan politik, menyebabkan sedikit masa diperlukan untuk menyelesaikannya.



"Saya menjangka satu persetujuan meluas perlu kita tunggu sebelum perdana menteri baharu British dipilih untuk makluman rasmi keluar (Brexit) boleh dibuat," katanya.



Encik Kenny memanggil persidangan parlimen selepas satu mesyuarat kabinet tergempar Jumaat lalu susulan keputusan undian Brexit.



Beliau mengakui, Ireland menanggung lebih banyak kerugian berbanding anggota EU lain akibat Brexit namun berkata, kerajaan sudah menggariskan pelan kontingensi.



"Risiko sentiasa lebih tinggi dalam isu ini bagi Ireland berbanding negara lain dalam EU.



"Urusan pelan kontingensi kami akan mengutamakan isu politik dan strategi yang timbul serta kesannya kepada Ireland Utara, kawasan yang biasa dilawati serta sempadan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >