Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain mula proses rasmi 'bercerai' dari Kesatuan Eropah

Mar 29, 2017 | 02:15 PM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May secara rasmi memulakan proses pemisahan Britain daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit semalam.



Selepas menandatangani surat bersejarah yang akan dengan rasminya memulakan proses Brexit, Cik May mengajak rakyat Britain supaya bersatu, sedang parlimen Scotland mengundi bagi diadakan satu pungutan suara baru bagi kemerdekaannya daripada Britain.



Surat yang ditandatangani Cik May akan disampaikan kepada Presiden EU, Encik Donald Tusk, dan secara rasmi memaklumkan tentang niat Britain untuk meninggalkan EU selepas 44 tahun menjadi negara anggota.



Berucap sewaktu sidang Parlimen, Cik May mengakui bahawa undi Brexit Jun tahun lalu telah memecah-belahkan rakyat, namun melahirkan harapan "kami tidak lagi didefinasikan oleh undi itu, namun atas tekad memastikan ia membuahkan hasil".



"Kami merupakan gabungan rakyat dan negara yang hebat dari segi sejarah dan akan melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. Dan kini, setelah memutuskan untuk meninggalkan EU, sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu," kata Cik May.



Kenyataan Cik May dibuat hanya beberapa jam sebelum Parlimen Scotland menyokong desakan Menteri Pertama, Cik Nicola Sturgeon supaya satu pungutan suara baru bagi kemerdekaan daripada Britain diadakan sebagai membantah Brexit.



Cik May berkata "sekarang bukan masanya" bagi Scotland mengadakan pungutan suara yang kedua, namun para penggubal Scotland tidak mengendahkan rayuannya dan menyokong usul itu dengan 69 undi menyokong berbanding 59 undi menentang.



Cik Sturgeon kini dijangka membuat permintaan rasmi agar pungutan suara diadakan, yang katanya boleh diadakan menjelang musim bunga 2019 - sebelum proses Brexit dimuktamadkan, agar Scotland dapat terus mengekalkan hubungannya dengan EU.



Beliau memerlukan izin daripada kerajaan Britain, yang mengulangi pendirian bahawa pungutan suara itu "tidak sesuai" diadakan pada masa ini, namun ia tidak mengecualikan prospek pungutan suara diadakan pada satu tarikh nanti.



Jerman dan Perancis sebelum ini memberi amaran kepada Britain untuk tidak mengharapkan sebarang sokongan daripada EU sejurus bermulanya rundingan berkaitan Brexit.



Para pemimpin EU yang mengadakan persidangan khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 awal minggu ini pula telah memperbaharui ikrar mereka untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap blok itu.



Persidangan yang berlangsung tanpa Cik May, dengan sebanyak 27 negara anggota menandatangani pengisytiharan kerjasama di Capitol Hill. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >