CANBERRA: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, semalam menggariskan perancangan bagi merampas pasport daripada rakyat Britain yang berfahaman radikal dan melarang mereka daripada memasuki semula United Kingdom selepas berperang di luar negara.
Serentak dengan itu, Britain juga bercadang melarang pesawat yang gagal mematuhi senarai larangan penerbangan yang dikeluarkan oleh London daripada mendarat.