Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Britain tandatangani perjanjian perdagangan trans-Pasifik

Jul 16, 2023 | 04:13 PM



AUCKLAND: Britain pada Ahad secara rasmi menandatangani perjanjian untuk menyertai perjanjian perdagangan trans-Pasifik yang utama.


Ini menjadikannya negara baru pertama menyertai perjanjian itu sejak diperkenalkan pada 2018 dan membuka laluan kepada anggota sedia ada untuk mempertimbangkan permohonan lain termasuk dari China dan Taiwan.

Penandatanganan itu adalah sebahagian daripada mesyuarat suruhanjaya Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) yang diadakan di New Zealand.

Menteri-menteri dari negara anggota telah bertemu kemudian pada hari Ahad untuk membincangkan pelbagai topik, termasuk cara untuk meneruskan permohonan baru dan semakan perjanjian itu sendiri.

Setiausaha Perniagaan dan Perdagangan Britain, Cik Kemi Badenoch, berkata pada majlis menandatangani perjanjian itu bahawa negaranya gembira menjadi ahli baru CPTPP yang pertama.

“Ini adalah perjanjian moden dan mempunyai cita-cita tinggi dan keanggotaan kami dalam kumpulan yang menarik, cemerlang dan berpandangan ke hadapan ini adalah bukti bahawa pintu UK terbuka untuk perniagaan,” kata Cik Badenoch.

Kerajaan British masih perlu memberi persetujuan rasmi perjanjian itu.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang mewakili Singapura di mesyuarat itu, mengalu-alukan kemasukan Britain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MTI pada Ahad, beliau berkata: “Kemasukan UK ke dalam CPTPP merupakan peristiwa penting bagi perjanjian kami yang akan memberi manfaat kepada semua ahli melalui akses kepada pasaran UK yang besar.

“UK juga berpeluang mendapat keuntungan daripada penyepaduan dalam salah satu kawasan perdagangan paling dinamik di dunia, dan akan meningkatkan saiz CPTPP kepada 15 peratus daripada hasil dalam negeri kasar global.”

Menurut kenyataan itu, beliau menggariskan tiga perkara dalam pertemuan itu.

Pertama, penyertaan Britain akan meningkatkan kekuatan ekonomi perjanjian itu dan membawa peluang akses pasaran baru bagi anggota.

Kedua, usaha untuk meneruskan rentak ini penting untuk memastikan CPTPP kekal sebagai perjanjian terbuka dan inklusif kepada negara bercita-cita tinggi yang bersedia dan mampu memenuhi piawaiannya yang tinggi.

Ketiga, penting bagi anggota bekerjasama untuk menyemak dan meningkatkan pelaksanaan perjanjian itu bagi memastikan ia kekal sebagai kayu ukur perjanjian perdagangan.

CPTPP ialah pakatan perdagangan penting yang dipersetujui pada 2018 antara 11 negara termasuk Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Britain akan menjadi anggota ke-12 pakatan itu yang mengurangkan halangan perdagangan, kerana ia ingin mengeratkan hubungan di Pasifik selepas keluar daripada Kesatuan Eropah pada 2020.

China, Taiwan, Ukraine, Costa Rica, Uruguay dan Ecuador juga telah memohon untuk menyertai CPTPP. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >