Brunei tangguh hudud

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Kerajaan Brunei memutuskan untuk menundakan pelaksanaan hukuman hudud.

Bagaimanapun, belum ada tarikh baru diberikan bagi peralihan kepada hukum itu, yang antara lain menyediakan hukuman berasaskan undang-undang Islam bagi pelbagai kesalahan termasuk mencuri, rogol, zina, liwat, minum minuman keras dan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Seorang pegawai kerajaam memberitahu media Brunei bahawa hukum hudud akan bermula "dalam masa terdekat".

Hajah Jauyah Haji Md Zaini, penolong pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, yang ditukil akhbar Brunei Times, berkata pelaksanaan hukum hudud ditangguhkan "kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan".

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.