Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Buah nangka penyelamat rakyat Sri Lanka

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Krisis ekonomi terburuk melanda Sri Lanka mengakibatkan keadaan dalam negara itu huru-hara termasuk ramai penduduknya kebuluran, namun buah nangka kini menjadi penyelamat penduduk daripada kelaparan.



Penduduk Anoma Kumari Paranathala berkata, dia bernasib baik kerana sempat mengusahakan tanaman di atas sebidang tanah milik keluarganya sepanjang Covid-19 melanda.



Katanya, dia menanam pelbagai sayuran termasuk tomato, bayam, labu, ubi serta nangka yang kini boleh dijadikan makanan harian mereka.



"Sekarang orang bimbang tentang masa depan mereka.



"Mereka takut tiada makanan," katanya yang mempelajari cara menanam menerusi buku dan YouTube.



Katanya, nangka menjadi menu restoran popular di seluruh dunia sebagai pengganti daging sejak beberapa tahun lalu.



"Tetapi di Sri Lanka bila ada krisis besar macam ini baru nangka menjadi popular sedangkan ia sudah lama ditanam di sini.



"Setiap kebun di Sri Lanka ada ditanam dengan pokok nangka. Sampaikan terbuang-buang tidak termakan," katanya.



Menurutnya krisis melanda negara itu membuka mata penduduk bahawa buah berkenaan boleh dijadikan alternatif makanan utama yang mahal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >