ATHENS: Seorang budak lelaki berumur satu tahun mati selepas bot getah yang dinaikinya dan 56 pelarian lain rosak dan hanyut dekat Lesbos, sebuah pulau Greece, kata pengawal pantai Greece pada Jumaat (9 Oktober).
Budak itu, yang kewarganegaraan tidak diketahui, ditemui tidak sedarkan diri dalam bot kecil rosak itu pada lewat Khamis.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.
Pengawal pantai menyelamatkan pelarian lain. - AFP