Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 3 tahun mati tertelan mainan tersembunyi dalam coklat telur Kinder Surprise

Jan 21, 2016 | 02:30 PM



TOULOUSE: Seorang budak perempuan Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas tercekik mainan tersembunyi di dalam coklat telur Surprise Kinder, ujar pendakwa pada Rabu (20 Jan).


Ibu budak itu memberitahu polis beliau berada bersama anaknya apabila anaknya tertelan roda plastik kecil yang terputus dari mainan tersembunyi di dalam telur itu, produk popular yang dibuat oleh syarikat Italy, Ferrero.


"Datuk kanak-kanak itu tiba dengan cepat dan berjaya mengeluarkan objek itu", tetapi kanak-kanak itu jatuh koma dan meninggal dunia pada Sabtu malam di sebuah hospital di bandar barat daya Toulouse, kata satu kenyataan daripada pendakwa Cecile Deprade.


Bedah siasat mengesahkan "kematian berikut kelemasan mekanikal".


Tanda amaran pada telur Surprise Kinder menyatakan ia bukan bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke bawah.


Menurut laman web Kinder, lebih 30 bilion telur itu telah dijual di seluruh dunia, dengan lebih 8,000 kejutan berbeza tersembunyi di dalamnya.


Produk itu, yang dibangunkan pada 1974, tidak pernah dipasarkan di Amerika Syarikat kerana undang-undang ketat berkaitan gula-gula dengan mainan tersembunyi di dalamnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >