Budak lima tahun warga Malaysia didera hingga dilaporkan alami kecacatan

PASIR MAS: Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak berusia lima tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Rashid Mustapa di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini, lapor Utusan Malaysia hari ini, Isnin.

Suspek adalah ibu tiri dan bapa kandung mangsa.

Wanita berkenaan, 25 tahun, dan suaminya, 39 tahun, ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu, semalam.

Kejadian dera membabitkan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, lima tahun, terbongkar selepas ibu kandungnya yang mengambil alih hak penjagaan mendapati badan budak itu dipenuhi parut dan kesan lebam, selain keadaannya yang lemah.

Pemeriksaan lanjut mendapati Nur Zuliana Zaara mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di rusuk, tulang belakang serta pinggul.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.