Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak perempuan Malaysia hilang lepas pergi jumpa kawan Facebook

Aug 17, 2016 | 11:58 AM



PASIR GUDANG: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun tidak pulang ke rumah sejak Sabtu (13 Ogos) lalu, selepas pergi bertemu seorang budak lelaki yang dikenalinya dalam talian.



Cik Lee Yih Loon, 37 tahun, berkata anak beliau, Chang Xing Hui, memberitahunya dia ingin menyambut hari lahirnya awal bersama rakan-rakan di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.



Beliau berkata Xing Hui memberitahunya ibu kawannya akan memandunya ke pusat beli-belah itu.



Cik Lee, seorang perapi binatang peliharaan, menelefon anaknya semasa dia dalam perjalanan ke parti itu bagi memastikan segala-galanya okay.



"Saya terkejut mendengar suara-suara lelaki semasa bercakap bersamanya dan ketika itulah saya berasa ada sesuatu tidak kena," kata Cik Lee dalam satu sidang akhbar yang dianjurkan oleh pengerusi bahagian Permas Selatan Persatuan Cina Malaysia (MCA), Encik Shium Chan Teck, di sini pada Isnin (15 Ogos).



Beliau segera menyuruh Xing Hui pulang ke rumah tetapi budak itu enggan. Cik Lee tidak dapat meghubungi anaknya selepas perbualan telefon terakhir mereka pada kira-kira 4.10 petang.



"Saya bimbang tentang keselamatannya dan saya mengesyaki dia berkawan dengan seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang hanya dikenali sebagai Yi di Facebook," ujar Cik Lee.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Sulaiman Salleh, berkata kes itu sedang disiasat sebagai kes orang hilang. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >