KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia semalam mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara juruterbang MH370 dengan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur yang menunjukkan tiada sebarang komunikasi luar biasa.
Namun, ia menunjukkan ungkapan terakhir oleh juruterbang ialah 'Good night Malaysian 370' (Selamat malam Malaysia 370), dan bukan 'All right, good night' (Baiklah, selamat malam), yang diumum duta Malaysia ke China sebelum ini.