Bulan lalu April paling panas dalam sejarah - pecahkan lagi rekod suhu dunia

BULAN lalu merupakan April paling panas dalam rekod dunia, dan bulan ketujuh berturut-turut rekod suhu global dipecahkan, menurut satu laporan akhbar Guardian pada Isnin (Mei 16).

Laporan itu memetik angka yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Nasional (Nasa) Amerika Syarikat.

Sementara itu di Australia, laporan media berkata pada Isnin bahawa kepekatan karbon dioksida, gas rumah hijau utama yang menyebabkan pemanasan global, di stesen pengukur penting di Cape Grim di Tasmania, telah melanggar paras simbolik 400 bahagian per juta (ppm) buat kali pertama.

Tahun ini (2016) nampaknya akan menjadi tahun paling panas dalam rekod, dan mungkin dengan perbezaan terbesar dalam sejarah, kata Guardian.

Angka yang dikeluarkan oleh Nasa pada hujung minggu lalu menunjukkan suhu global darat dan laut 1.11 Celcius darjah lebih panas pada April daripada suhu purata bulan itu sepanjang 1951-1980, kata laporan tersebut.

Ia bulan ketujuh suhu meningkat sekurang-kurangnya 1 darjah Celcius melebihi purata 1951-1980, ujarnya.

Angka terkini juga memecahkan rekod sebelum ini bagi April dengan perbezaan terbesar yang pernah direkodkan.

Ia bermakna tiga bulan berturut-turut rekod bulanan dipecahkan dengan perbezaan terbesar dalam sejarah, kata Guardian.

Tahun lalu tahun paling panas sejak rekod mula disimpan pada abad ke-19, dan menyaksikan kejadian gelombang haba, kemarau dan kenaikan aras laut.

Gelombang haba global sedang dirangsang oleh fenomena besar-besaran El Niño, yang merupakan pelepasan air panas merentasi Lautan Pasifik dan telah dipersalahkan kerana kemarau di Afrika serta wabak demam kuning dan virus Zika.

Fenomena itu semakin lemah dengan cepat dan mungkin fenomena sebaliknya, La Niña, iaitu penyejukan, menjadi tahun ini, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia Jumaat lalu (13 Mei).

Laporan media Australia pada Isnin bahawa kepekatan karbon dioksida telah dipecahkan melalui 400 bahagian per juta (ppm) di balai pemantauan di Cape Grim, satu-satunya stesen menganalisis tahap karbon asas di hemisfera selatan, menguatkan bukti tentang pemanasan global.

Paras selamat karbon dioksida dalam atmosfera ialah 350 bahagian per juta. Apabila ukuran bermula di Cape Grim pada 1976, paras karbon dioksida hanya lebih sedikit daripada 300 bahagian per juta.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.