Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Burung kakak tua cuba diseludup dalam botol air mineral

May 06, 2015 | 02:25 PM



SURABAYA: Lebih 24 burung kakak tua berjambul kuning diselamatkan polis selepas ditemui disumbatkan dalam botol air mineral untuk dijual secara haram.


Penyeludup menyumbat burung yang kian pupus itu dalam botol untuk membolehkan ia melepasi pemeriksaan kastam di Pelabuhan Tanjung Perak di Surabaya setelah dibawa dari Maluku.


Bagaimanapun, polis menemui burung berkenaan yang harganya boleh mencecah sehingga AS$1,300 ($1,727) seekor dan mengeluarkannya dari botol terbabit untuk dirawat.


Burung kakak tua berjambul kuning itu disenaraikan sebagai spesies paling kritikal menghadapi kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi pada 2007.


Populasi burung itu kini di paras kritikal, dipercayai kurang daripada 7,000 kerana pemusnahan hutan dan kegiatan memburunya.


Lebih 10,000 burung kakak tua pelbagai spesies ditangkap di hutan di Halmahera Utara di Kepulauan Maluku setiap tahun untuk menampung permintaan dalam dan luar negara.


Bagaimanapun, kira-kira 40 peratus burung itu mati ketika proses penyeludupan dilakukan.


Pembiakan burung kakak tua berjambul kuning amat perlahan kerana burung betinanya hanya bertelur dua biji setahun sekali. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >