WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang menjalankan rondaan sejauh 12 batu nautika dari pulau-pulau di Laut China Selatan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan bagi memberi peringatan kepada China dan negara lain mengenai hak Amerika di bawah undang-undang antarabangsa, kata seorang pegawai pertahanan Amerika semalam.
"Kami akan membuat rondaan dua kali dalam tempoh suku tahun atau mungkin lebih kerap daripada itu," kata seorang pegawai yang tidak diberi kuasa bercakap secara terbuka mengenai operasi Tentera Laut Amerika.