PETALING JAYA: Caj rawatan perubatan bukan warganegara Malaysia akan meningkat sebanyak 70 peratus apabila kerajaan menghentikan pemberian subsidi kepada golongan tersebut bermula 1 Januari depan, kata Menteri Kesihatan negara itu, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Caj tersebut akan mencerminkan kos rawatan sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan dan bakal meliputi semua rawatan.