Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon PM Thai yang gagal hadapi risiko hilang kerusi Parlimen pula

Jan 24, 2024 | 01:21 PM



BANGKOK: Calon perdana menteri Thailand yang gagal dilantik, Encik Pita Limjaroenrat, sekalipun partinya memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya lalu, kini terancam oleh keputusan mahkamah pada 24 Januari 2024 yang boleh mengakibatkan reformis popular itu kehilangan kerusinya dalam Parlimen.


Encik Pita, 43 tahun, mengetuai Parti Move Forward (MFP) yang progresif, memenangi undi terbanyak pada pilihan raya yang berlangsung pada 2023.

Tetapi beliau disekat daripada menjadi perdana menteri selepas digantung sebagai Ahli Parlimen pada Julai lalu.

Partinya dikecualikan daripada menyertai pemerintah gabungan selepas pihak berkuasa Thailand khuatir terhadap gesaan MFP untuk menggubal undang-undang yang ketat berkaitan penghinaan terhadap Raja, monopoli tentera dan perniagaan.

Mahkamah Perlembagaan negara itu pada 24 Januari 2024 akan mempertimbangkan sama ada Encik Pita melanggar peraturan yang melarang Ahli Parlimen daripada memiliki saham dalam syarikat media.

Beliau kini dihalang daripada menyertai badan perundangan dan memasuki dewan Parlimen.

Ahli politik yang mahir media itu menegaskan beliau akan bertanding semula tetapi jika mahkamah memutuskan terhadapnya, beliau menghadapi kemungkinan kehilangan kelayakan untuk menjadi anggota Parlimen sama sekali.

Mengemukakan bukti untuk kes itu pada Disember, Encik Pita memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau “yakin” akan menerima keadilan.

Encik Pita mengulangi dalam temu bual dengan agensi berita AFP lewat tahun 2023 lalu bahawa beliau akan membuat satu lagi percubaan untuk mendapatkan jawatan sebagai perdana menteri, dan mengatakan beliau “tidak berputus asa”.


Kesnya di Mahkamah Perlembagaan berkisar mengenai saham dalam stesen televisyen ITV yang sudah lama tidak berfungsi, yang menurut Encik Pita diwarisi apabila bapanya meninggal dunia. Beliau menafikan sebarang salah laku. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >