Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon presiden Anies janji tambah kuota haji jika terpilih

Dec 07, 2023 | 02:14 PM



JAKARTA: Calon Presiden, Encik Anies Baswedan, berjanji untuk menambah 20,000 hingga 30,000 kuota haji, jika beliau menang pilihan raya 2024.


“Kami cuba menambah lagi (kuota haji). Mudah-mudahan lebih kurang 20,000 hingga 30,000 jemaah,” katanya dalam acara perbincangan yang diberi nama, Desak Anies, di Kota Banjarmasin, Kalimantan Selatan, pada 5 Disember.


Encik Anies yang dipetik akhbar Tempo sebagai berkata Banjarmasin pernah menjadi antara wilayah Indonesia dengan jumlah jemaah haji tertinggi di negara itu, kerana terdapat ramai pengusaha berlian di wilayah tersebut.


Sehubungan itu, Encik Anies berkata beliau berharap lebih ramai lagi yang akan menunaikan ibadah haji.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kos haji.

“Kami sedang berbincang dan berharap ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya dapat mengurangkan kos haji seperti di negara lain,” kata Encik Anies.

Baru-baru ini, Kementerian Agama dan Komisi VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), mengumumkan kos ibadah haji (BPIH) 2024 dinaikkan kepada 93.4 juta rupiah ($8,074).

Ini termasuk kos perjalanan haji atau BIPIH yang perlu dibayar oleh setiap jemaah iaitu sebanyak 56 juta rupiah.

Sebelum ini dalam satu perkembangan lain, Encik Anies menyatakan bahawa pemerintah mesti mewajibkan industri perlombongan menggunakan kaedah boleh diperbaharui dalam operasinya.

Kenyataan itu adalah jawapan beliau kepada soalan mengenai kepesatan ekonomi hijau dalam industri perlombongan.

“Memandangkan bajet menaik taraf alat pengeluaran tidak murah, banyak (syarikat perlombongan) beralasan bahawa selagi pemerintah tidak mewajibkan, mereka tidak menaik taraf teknologi mereka,” katanya ketika ditemui di Wetland Square di Banjarmasin, Kalimantan Selatan pada 5 Disember.

Encik Anies turut menyatakan Banjarmasin mempunyai isu dengan kegiatan perlombongan yang merosakkan ekologi.

Sebagai tindak balas, beliau berkata bahawa kegiatan perlombongan di bahagian lain di dunia adalah lebih progresif dan mesra alam. Indonesia ujarnya, belum ada.

“Apa kesannya? Kesannya adalah apa yang dialami oleh masyarakat hari ini,” kata Encik Anies.

Beliau terus menyebut kaedah boleh diperbaharui, termasuk bagaimana penggalian dijalankan, bagaimana tanah dipelihara dan dipulihkan, dan bagaimana proses penghutanan semula dijalankan.

“Apa yang sering berlaku (di Indonesia) ialah anda menggali lubang, kemudian anda tinggalkan. Lubang-lubang itu menjadi lompang tanpa sebarang kehijauan,” katanya.

Encik Anies selanjutnya berkata, jika dipilih, beliau akan menuntut kaedah hijau itu direalisasikan.

“Bukan sahaja mewajibkan syarikat, malah dasar negara juga mesti memerlukan kaedah dan alat mesra alam, bagi memastikan aktiviti itu mesra alam,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >