Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon presiden hargai perantau sumbang pada ekonomi Indonesia

Oct 11, 2023 | 04:53 PM



KUALA LUMPUR: Calon Presiden Indonesia, Encik Anies Baswedan, berazam melindungi kebajikan golongan pekerja warganya di luar negara, yang diakui sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi di tanah air mereka.


Menurut mantan gabenor Jakarta itu, beliau secara peribadi mengambil berat permasalahan rakyatnya yang merantau demi mencari rezeki, sambil berkata “masih banyak yang harus dilakukan”.

“Kami memerhati persoalan pekerja migran Indonesia. Kami menyedari sumbangan saudara-saudara semua bagi (pertumbuhan) ekonomi Indonesia.

“Kami tahu banyak yang harus dilakukan bagi melindungi pekerja migran kita,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama FMT pada Selasa.


Mantan menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia itu berkata demikian semasa dalam siri lawatannya ke Malaysia yang bermula Selasa.

Selain Encik Anies, Encik Ganjar Pranowo dan Encik Prabowo Subianto dijangka bertanding pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) pada 14 Februari 2024.

Encik Prabowo dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar, kini mendahului dalam pilihan raya, dengan Encik Anies berada di belakang, menurut tinjauan pendapat baru-baru ini.

Menghargai usaha migran yang “mensejahterakan” kampung halaman dengan sumbangan pendapatan, Encik Anies turut menitipkan nasihat supaya mereka sentiasa menjaga nama baik negara itu di mana sahaja mereka bekerja.

“Walaupun jauh dari kampung tapi kami yakin hati dan fikiran saudara-saudara semua tidak akan jauh dari kampung halaman.

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Berada di negara ini (Malaysia), ingat bawa nama baik Indonesia

“Jaga nama baik kampung halaman, hormati peraturan dan pastikan hadir di sini sebagai peribadi yang disyukuri yang dirasakan manfaatnya,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >