Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cameron kutuk ISIS tunjukkan video pembunuhan lima 'pengintip'

Jan 06, 2016 | 10:18 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, menyifatkan sebuah video Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang menunjukkan seorang budak lelaki berpakaian seragam tentera dan seorang militan dewasa bertopeng, yang bercakap dengan loghat British, sebagai propaganda terdesak oleh sebuah pertubuhan yang kehilangan kuasa.


Video itu, yang tidak dapat disahkan secara bebas, juga menunjukkan pembunuhan lima lelaki yang dituduh mengintip untuk Britain.


Militan bertopeng itu mengancam Encik Cameron, dan berkata satu hari nanti ISIS akan menduduki Britain, sebelum menembak salah seorang daripada lima 'pengintip' itu di kepala.


Rakaman tersebut membawa kenangan 'Jihadi John', ahli ISIS Britain yang muncul dalam beberapa video di mana tebusan kumpulan pengganas itu dibunuh, sebelum dia dibunuh dalam serangan udara akhir tahun lalu.


"Ia perkara terdesak daripada sebuah pertubuhan yang benar-benar melakukan perbuatan paling keji dan mengerikan, dan orang ramai boleh melihatnya sekali lagi hari ini," kata Encik Cameron kepada pemberita pada Isnin (4 Jan).


"Ini sebuah pertubuhan yang sedang kehilangan wilayah, ia kehilangan kuasa... Britain tidak akan gentar dengan pengganasan ini, nilai-nilai kami lebih kuat daripada mereka. Ia mungkin mengambil masa yang sangat lama, tetapi mereka akan dikalahkan."


Dalam pertempuran terbaru di Iraq, ISIS telah disingkir dari kota Ramadi, kubu kuatnya yang ditawannya tahun alu.


Amerika Syarikat berkata pada November bahawa ia telah membunuh 'Jihadi John', simbol ISIS yang nama sebenarnya Mohammed Emwazi.


Suara dan rupa militan bertopeng dalam video baru itu berbeza daripada Emwazi, tetapi dia bercakap dalam loghat bahasa Inggeris jelas, dan melambai-lambai pistol pada kamera semasa mengkritik Encik Cameron.


Media British meneka bahawa militan itu mungkin Siddhartha Dhar, yang juga dikenali sebagai Abu Rumaysah, seorang mualaf daripada agama Hindu, walaupun pakar keselamatan berbelah bahagi apakah lelaki tersebut benar-benar dia.


Dhar meninggalkan Britain dengan keluarganya untuk pergi ke Syria walaupun sedang dalam ikat jamin polis selepas ditangkap pada lewat 2014 kerana disyaki menjadi anggota pertubuhan yang diharam.


Selepas pembunuhan lima lelaki dalam video itu, seorang budak lelaki berbahasa Inggeris, yang kelihatan berusia kira-kira empat atau lima tahun dan memakai bandana hitam, ditunjukkan berkata: "Jadi, pergi bunuh kaum kuffar di sana."


Sementara itu bapa Grace Dare, seorang wanita dari London yang meninggalkan Britain untuk menyertai ISIS dan berkahwin seorang militan, berkata beliau percaya budak itu anak Dare. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >