Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cameron sokong Hollande dalam serangan terhadap ISIS di Syria

Nov 24, 2015 | 10:49 AM



PARIS: Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, menerima sokongan padu daripada Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, pada Isnin (23 Nov) sedang usaha sejagat untuk menghancurkan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) bertambah giat berikutan serangan Paris.


Encik Hollande, yang akan bertemu pemimpin Amerika Syarikat, Russia dan Jerman, dalam beberapa hari ini, berkata Britain dan Perancis mempunyai "tanggungjawab bersama" untuk menyerang kumpulan pengganas itu.


Encik Cameron sebelum ini meletak kalungan bunga di dewan konsert Bataclan, tempat 90 orang terbunuh dalam serangan pada 13 November itu.


"Saya amat menyokong tindakan yang Presiden Hollande ambil untuk menyerang ISIL di Syria," kata beliau selepas rundingan di Paris, menggunakan satu lagi singkatan bagi ISIS.


"Keyakinan kuat saya ialah Britain harus berbuat demikian juga," katanya.


Encik Cameron telah berkata beliau akan membentangkan hujahnya kepada parlimen Britaian dalam beberapa hari ini bagi Britain menyertai serangan udara di Syria. Tahun lalu, ahli parlimen British mengundi meluluskan serangan udara terhadap ISIS di Iraq tetapi tidak di Syria.


Pemimpin British itu juga berkata beliau telah menawarkan Perancis penggunaan pangkalan udara Britain yang terletak secara strategik di Cyprus - RAF Akrotiri - untuk memudahkan serangan udara, dan bantuan dalam mengisi minyak jet Perancis.


Pesawat Perancis berlepas pada Isnin dari kapal induk pesawat udara Charles de Gaulle, yang baru dikerah ke timur Mediterranean, untuk operasi di kawasan yang dikuasai ISIS, kata sumber tentera.


Encik Hollande akan terbang ke Washington bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Barack Obama pada Selasa (24 Nov), dan akan bertemu Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, di Paris sehari kemudian.


Tumpuan beralih kepada Moscow pada Khamis apabila beliau bertemu Presiden Vladimir Putin, yang telah berjanji akan bekerja lebih rapat dengan Barat terhadap ISIS, menyusuli serangan Paris dan serangan yang menjatuhkan pesawat penumpang Russia di Mesir bulan lepas.


Dalam perkembangan besar pada Isnin, Encik Putin tiba di Teheran untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Hassan Rouhani.


Selain Russia, Iran penyokong utama Presiden Syria Bashar al-Assad.


Encik Obama telah berkata Encik Putin perlu membuat "anjakan asas" dalam sokongannya kepada Encik Assad sebelum Amerika boleh menimbangkan tindakan ketenteraan bersama Russia terhadap ISIS. - AFP, Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >